Monday, February 27, 2017

Acara sampingan- Peraduan Meneka Bilangan Buah Catur!!!

Peraduan TEKA BILANGAN BUAH CATUR..kembali lagi..pada 4 & 5 Mac 2017 di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya..2 hari...bermakna 2 kali..
Boleh disertai oleh peserta dan semua pengunjung yang hadir secara PERCUMA..keputusan akan diumumkan pada upacara penutup sebelah petang ..hari Sabtu dan juga hari Ahad..Dengan syarat peserta dibenarkan meneka hanya sekali sahaja dan peserta yang diumumkan sebagai pemenang hendaklah hadir sendiri menerima hadiah tersebut.
SEORANG pemenang akan dipilih berdasarkan tekaan yang TEPAT atau PALING HAMPIR dan akan menerima hadiah yang ditaja oleh Cerdik Catur Enterprise.
Yang meneka hampir tepat akan menerima wang tunai sebanyak RM 50..yang meneka tepat akan menerima jam catur digital..harga pasaran RM150.00...jumpa ANDA di sana nanti..😊..jom jom..berpuluh puluh hadiah CABUTAN BERTUAH juga disediakan kepada peserta kejohanan ini.. 

Hamper-hamper yang bakal dibawa pulang oleh para peserta sebagai hadiah cabutan bertuah